GERAKAN
Foto hadapan oleh FMT

GEORGE TOWN: Gerakan Pulau Pinang semalam mengadakan mesyuarat tergempar sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut yang mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Gerakan Teng Chang Yeow berkata sebelum ini, persiapan parti itu adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadualkan pada 2018 namun, keadaan itu berubah susulan situasi politik semasa di negeri ini.

gerakan
Presiden Gerakan, YB Datuk Seri Mah Siew Keong

“Semua pihak harus bersedia dalam semua keadaan. Jadi, mesyuarat tergempar ini adalah untuk memastikan semua anggota Gerakan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan (sekiranya PRN diadakan),” katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Menurut beliau, Gerakan berhasrat bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan presiden parti Datuk Mah Siew Keong sudah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi untuk diketengahkan.

Dalam pada itu, Siew Keong sebelum ini berkata walaupun secara prinsipnya Gerakan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu namun, beliau meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tetap akan dibubarkan.

“Saya meramalkan dengan semua ‘wayang-wayang’, akhirnya (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan dan akan ada pilihan raya di sana.

Rabu lepas, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Parti Amanah Negara) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengadakan pilihan raya negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here