Prandelli
Image via Talksport

BEKAS Pengurus Itali, Cesare Prandelli mengambil alih Valencia daripada Paco Aystaran yang telah dipecat dan menandatangani kontrak dengan pasukan La Liga itu sehingga 2018.

Prandelli mengadakan rundingan dengan Valencia pada minggu lalu dan perjanjian itu dimeterai dengan presiden kelab berkenaan, Lay Hoon Chan pada Sabtu.

Pengurus berusia 59 tahun itu akan menyaksikan perlawanan Valencia menentang Atletico Madrid di Stadium Mestalla pada Ahad.

“Saya amat gembira berada di Valencia, sebuah kelab yang hebat. Saya tidak sabar untuk memulakan karier saya di sini,” kata Prandelli.

Pengurus sementara Voro Gonzalex yang mengemudi Valencia menundukkan Alaves dan Leganes sejak pemecatan Pako Ayestaran akan memimpin pasukan tuan rumah itu melayan kunjungan Atletico pada Ahad.

Valencia menduduki tangga ke-15 La Liga dengan mengutip enam mata daripada enam perlawanan setakat ini.

Bekas pengurus Lecce sejak hampir dua dekad itu juga pernah memimpin Fiorentina antara 2005 dan 2010 sebelum dilantik menjadi pengurus Itali di mana skuad kebangsaan tersebut mara ke pusingan akhir Euro 2012 tetapi tewas 0-4 di tangan Sepanyol.

Prandelli turut pernah dilantik sebagai Pengurus Galatasaray pada Julai 2014 tetapi dipecat kelab Turki itu empat bulan kemudian.

LEAVE A REPLY