ppbm

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah mengaturkan pertemuan dengan parti-parti pembangkang seperti PAS dan Pakatan Harapan untuk berunding bagi menjalinkan kerjasama.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya sudah menerima respon positif untuk memulakan perundingan.

“Ini merupakan langkah pertama. PAS sudah bersetuju untuk bertemu dengan kami. Begitu juga dengan Pakatan Harapan,” kata Muhyiddin dalam satu sidang media di Putrajaya bagi mengumumkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

muhyiddin-bersatu-2

Menurut beliau, perbincangan mengenai rangka kerjasama adalah penting dalam usaha membentuk gabungan kuat bagi berdepan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Buat masa ini, ramai yang bersetuju prinsip satu lawan satu adalah penting untuk mengalahkan BN. Ini adalah permulaan yang baik,” kata Muhyiddin.

Apabila ditanya bilakah pertemuan tersebut akan diadakan, Muhyiddin hanya berkata ianya rahsia.

LEAVE A REPLY