ppbm
Foto hadapan oleh FMT

TIDAK sampai dua bulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sudah mengumumkan untuk keluar daripada parti baharu berkenaan.

Biarpun bukan perkara yang mengejutkan, namun timbul persoalan bila sebenarnya Khairuddin mengumumkan menyertai PPBM?.

Khairuddin sebenarnya pernah mengumumkan tidak akan menyertai parti itu jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuainya.

Sebaliknya, pengikut setia Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu berkata beliau hanya akan menyertai PPBM sekiranya parti itu diketuai Mahathir sebagai Presiden.

Pada tarikh 28 Oktober 2016, Khairuddin mengumumkan keluar PPBM. Jadi, apa sebenarnya muslihat Khairuddin?

khai

Adakah Khairuddin tidak diterima dalam parti yang Presidennya adalah Muhyiddin itu? Ataupun dia bertindak keluar parti kerana berlakunya perebutan jawatan yang maha serius dalam PPBM?

Secara jelasnya, kita dapat melihat Khairuddin daripada awal lagi tidak berpuas hati jika Muhyiddin menerajui parti baharu berkenaan.

Timbul persoalan adakah Khairuddin sebenarnya diarahkan oleh Mahathir sendiri untuk berbuat demikian? Ini tidak mustahil kerana Muhyiddin dilihat bergerak berseorangan dan mengetepikan Mahathir dalam setiap langkah dan gerak kerjanya dalam PPBM.

Lantas, Khairuddin bertindak sedemikian yang dilakukannya sebagai tanda protes kepada Muhyiddin.

Adakah semua ini dirancang? Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Sahemi Hashim juga mengumumkan keluar PPBM sehari sebelum Khairuddin berbuat demikian.

Kemudiannya, tiba giliran Khairuddin pula berbuat demikian. Adakah terdapat arahan daripada pihak tertentu supaya Khairuddin dan Saheme berbuat demikian? Ini tidak mustahil.

Sudah terang lagi bersuluh PPBM kini sedang mengalami krisis atau isu perebutan kuasa yang cukup serius.

Mungkin juga terdapat perbezaan dari segi matlamat dan strategi politik antara Muhyiddin dan Mahathir sehingga bekas Perdana Menteri itu mengarahkan Khairuddin yang merupakan pengikut setianya untuk bertindak sesuatu.

Adakah semua ini dilakukan untuk memalukan Muhyiddin selaku Presiden PPBM yang akan dilihat gagal dalam menerajui parti itu dengan baik.

71444703735_khairuddinabuhassa

Nampaknya, kemelut yang melanda PPBM semakin hari semakin rancak apabila dalam kalangan ahlinya sendiri mula tampil mempertikaikan parti itu secara terang-terangan.

Jelaslah penubuhan PPBM didokong penyokong rapuh yang lebih dipengaruhi emosi dan sentimen taasub kepada insan bernama Mahathir Mohamad.

Siapa sebenarnya ketua dalam PPBM? Muhyiddin atau Mahathir? Selepas ini pasti akan timbul masalah antara mereka kerana kedua-dua pemimpin berkenaan gagal menunjukkan siapa mengetuai parti itu sebenarnya.

Tidak sampai dua bulan ditubuhkan, PPBM kini sedang mengalami konflik kepimpinan yang semakin meruncing.

Belum apa-apa lagi, sudah ramai yang gila kuasa dalam parti berkenaan.

Timbul persoalan, adakah parti ini akan berkubur dan mengangkat bendera putih lebih awal sebelum degupan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bermula?

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY