power

Sekiranya anda seorang gamer tua, majalah Nintendo Power ialah “kitab” yang harus dibeli setiap bulan bagi mendapatkan tips dan kod mengelat untuk

Sebelum adanya internet majalah permainan seperti ini ialah satu-satunya sumber untuk mendapatkan berita permainan yang sudah dijual atau bakal dijual.

Majalah ini mula dijual pada tahun 1988 sebelum dihentikan pada tahun 2002. Kepada yang ingin bernostalgia, kesemua 145 isu Nintendo Power kini boleh dibaca dengan lengkap di atas talian.

Paling menarik ia boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma menggunakan pelbagai peranti pintar sedia ada. Semasa kami muda belia dahulu majalah ini kami beli setiap bulan walaupun dijual pada harga yang agak mahal (sekitar RM 15 pada dekad 90an).

image via Screen Rant

Hampir kesemua majalah yang dibeli kini sudah dimakan anai-anai kerana disimpan di dalam kotak kadbod.

Membaca semula isu khas untuk Super Mario Brothers 3, Ninja Gaiden, Golden Eye, Perfect Dark danTurok membuatkan kami terasa seperti menggunakan mesin masa.

Kepada yang tidak pernah membaca Nintendo Power, ini masa yang tepat untuk melihat evolusi grafik permainan video.

image via VG 27/7

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here