Polis siasat

KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang menyiasat laporan seorang pekerja ladang yang mendakwa terserempak dengan lima lelaki memakai pakaian celoreng dan lengkap bersenjata yang mendakwa ingin ‘menyelamatkan’ orang di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat kesahihan dakwaan lelaki tersebut.

“Kita sudah mengerakkan semua elemen bagi memeriksa laporan pekerja ladang tersebut. “Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan telah beberapa kali terserempak dengan kumpulan bersenjata namun hanya melaporkannya pada Isnin.

Pekerja ladang berkenaan yang sudah tinggal di Sabah sejak 2010 terserempak dengan sekumpulan lelaki bersenjata itu ketika sedang membersihkan kebun di ladang Sawit Blok 8, Felda Sahabat 2, Lahad Datu pada 20 April lalu.

Lelaki berkenaan mendakwa kumpulan berkenaan membawa bersama dua laras mesin gun M60, dua laras M16 dan satu unit M14, masing-masing dipegang oleh setiap lelaki yang dicam olehnya.

Pekerja ladang berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa dia bercakap dengan dua daripada lelaki berkenaan dalam bahasa Tagalog dan mendakwa bahawa mereka bukan berada di situ untuk menimbulkan masalah sebaliknya untuk menyelamatkan orang-orang di Sabah.

Dalam laporannya, pekerja ladang itu juga memberitahu lima orang itu mendakwa mereka adalah sebahagian daripada 37 orang yang datang melalui jalan laut.

Menurutnya lagi, dia tidak dicederakan dan dibenarkan untuk meninggalkan ladang berkenaan.

Ramli berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan dan meminta agar orang ramai tidak panik dan beliau memberi jaminan keadaan di Sabah masih dalam keadaan selamat dan beliau meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini.

Pada Februari 2013, kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Sulu Force Royal menceroboh Tanduo di kawasan Felda Tungku sebelum operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengusir mereka.

SHARE
Previous articlePERKASA Mahu MIC Mohon Maaf
Next articleDayang Nurfaizah Terpilih Nyanyikan Lagu Sukan SEA
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here