Polis

Polis Malaysia dilaporkan telah sahkan khabar angin serangan terhadap rakyat Malaysia yang menjadi ketua kumpulan militan IS di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.

Akhbar harian Bahasa Inggeris The Malay Mail, memetik Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai berkata polis Malaysia bekerjasama dengan pasukan antarabangsa untuk memburu lelaki berkenaan.

“Terdapat serangan ke atas beliau (Wanndy) menggunakan pesawat di Syria dan kami cuba untuk mengesahkan keadaannya,” kata Mohamad Fuzi.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesahkan ketulenan posting Facebook oleh isteri Muhammad Wandy, Nor Mahmudah Ahmad, 28, yang menyebarkan berita tentang kematian suaminya.

“Jangan bimbang, kita mempunyai kemampuan kita untuk memeriksa perkara ini,” kata Fuzi berhubung spekulasi bahawa posting itu sebagai umpan yang dirancang Wanndy yang kini berada dalam senarai pengganas antarabangsa oleh Amerika Syarikat.

SHARE
Previous articleSeptember Adalah Tarikh Paling Awal PRU14 – PAS
Next articleRaja Bahrain Terima Anugerah Beret Merun Kehormat 10 Briged Para
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here