methamphetamine

IPOH, 14 Nov — Polis Perak merampas dadah jenis methamphetamine seberat 1.3 kilogram bernilai RM89,950 daripada seorang peniaga di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak ACP V.R Ravi Chandran berkata suspek berumur 28 tahun dan berasal dari Sungai Besi, Kuala Lumpur ditahan di kawasan parkir di pusat perniagaan Greentown kira-kira pukul 5.45 petang.

Katanya semua dadah berkenaan dibungkus dalam paket plastik dan dipasarkan sebagai “Organic Whole Food Mango Powder” yang dipercayai untuk diedar kepada kelab malam sekitar Perak.

“Ini adalah kes pertama dadah dipasarkan dalam bentuk sedemikian dan polis berjaya memintas pengedarannya sebelum menjadi popular,” katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Ravi Chandran berkata dadah berkenaan ditemukan di dalam kereta suspek dan ia dipercayai boleh dibekalkan kepada lebih kurang kepada 1,000 penagih.

Menurut Ravi Chandran berdasarkan siasatan suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing mendapati dia negatif menagih dadah.

Polis turut merampas pasport Malaysia dan kad pengenalan atas nama suspek.

Suspek direman mulai semalam sehingga 20 Nov ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

LEAVE A REPLY