Polis Lepas

GOMBAK: Polis terpaksa lepas tembakan ke udara apabila sekumpulan lelaki Afrika cuba merusuh bagi menghalang anggota dari menangkap tiga individu warga asing di Desa Aman Puri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul mahu membuat tangkapan terhadap tiga suspek disyaki terbabit dengan kes penipuan, jam 6 petang.

Katanya, ketika tangkapan dilakukan terhadap dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Kenya dilokasi terbabit.

“Bagaimanapun, sekumpulan lelaki dipercayai warga Nigeria cuba menghalang anggota melakukan tangkapan dengan menakut-nakutkan dan membaling botol serta kotak.

“Selepas melihat keadaan menjadi semakin tegang dan tidak terkawal pihak polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi mengawal keadaan serta keselamatan anggota bersama suspek ditahan.

“Tiga suspek terbabit berjaya di bawa ke IPD Sentul dengan selamat dan susulan kejadian pihak polis turut menahan lapan lelaki warga Nigeria berusia 25 hingga 32 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang kakitangan awam daripada nenjalankan tugasnya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. – Harian Metro –

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here