Polis cari

JOHOR BHARU: Polis cari tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung isu viral jemaah surau Taman Austin Perdana memukul pemandu kereta pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata individu-individu berkenaan berumur antara 20 hingga 50 tahun dan mereka telah dikenal pasti menerusi rakaman video yang viral di laman media sosial.

“Kita menyeru individu-individu terlibat tampil kehadapan menyerahkan diri kepada polis untuk bantu siasatan dan kita seru kepada orang ramai yang ada maklumat tampil bantu pihak polis bantu siasatan kes ini,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat polis daerah, di sini hari ini. Jelas Sulaiman, sebelum ini pihak polis telah merekodkan keterangan empat lelaki berhubung isu tersebut dan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Setakat ini, pihak polis telah menerima lima laporan polis berhubung komen negatif di laman sosial berkaitan isu tersebut.
– Astro Awani –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here