pokok

PIHAK-pihak yang berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan seperti pihak Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran perlu giat melakukan proses pematauan dan pemeriksaan terhadap semua jenis pokok – pokok dan tanaman yang ditanam ditepi jalan diseluruh jalan raya dalam negara kita supaya ianya berada dalam keadaan baik, selamat serta yang paling penting bebas daripada risiko untuk berlakunya sebarang kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Saranan ini dibuat berdasarkan insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang pelajar Tingkatan Lima di Melaka yang maut akibat daripada dihempap dengan dahan pokok baru – baru ini.

Adalah difahamkan mangsa, Muhammad Nordanial Mohd Khir, 17 tahun, dari rumah di Taman Kelubi, Jasin, dalam perjalanan ke sekolah sebelum dihempap dahan pokok sejurus tiba di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian seperti ini tidak boleh dipandang ringan dan sebelah mata oleh semua pihak kerana ia melibatkan nyawa orang ramai khususnya para pengguna jalan raya.

Walaupun proses penanaman pokok dan pelbagai jenis tumbuhan lain disekitar jalan – jalan raya boleh membawa pelbagai faedah seperti membendung kejadian alam yang lebih buruk seperti banjir kilat dan menjadikan suasana jalan raya lebih tenang dan sejuk mata memandang, namun sekiranya ia tidak dijaga dan diselengara dengan baik serta secara berterusan, ia sudah pasti boleh mengundang bahaya kepada semua pihak yang berada di jalan raya termasuk penunggang basikal serta para pejalan kaki.

Oleh yang demikian, ia perlu dipantau serta diperiksa pada setiap waktu bagii memastikan tiada pokok atau tumbuhan berpontensi atau berisiko tinggi membawa bencana kepada mana – mana pihak.

Sebagai sebuah negara tropika serta mempunyai jumlah tadahan hujan yang tinggi berbanding dengan negara – negara lain, Malaysia juga terdedah dengan pelbagai jenis cuaca yang tidak menentu serta diluar dugaan.

Oleh itu, ia akan menjadikan pokok – pokok dan tumbuhan yang ditanam ditepi – tepi jalan menjadi lebih berbahaya terhadap mana – mana pengguna jalan raya.

Memandangkan jumlah pokok dan tanaman yang berada di tepi – tepi jalan raya dalam negara kita mempunyai jumlah kuantiti yang banyak, sewajarnya pihak kerajaan mempertimbangkan bagi mewujudkan sebuah unit khas bagi melakukan proses pemantauan dan penyelegaraan terhadap semua jenis pokok dan tanaman yang berada ditepi – tepi jalan raya dalam negara kita.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga boleh mempertimbangkan bagi mewujudkan satu peruntukkan undang – undang khas bagi menentukan dan mengawalselia segala bentuk atau jenis pokok dan tanaman yang ingin ditanam di kawasan – kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan seperti ditepi jalan raya, kawasan taman rekreasi, taman permainan kanak – kanak, dan lain – lain lagi.

Penubuhan sebuah unit khas serta peruntukkan undang – undang khas bagi mengawalselia perkara terbabit adalah penting bagi mengelakkan kejadian yang berlaku terhadap pelajar Tingkatan Lima di Melaka baru – baru ini serta sebarang kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here