Pokemon Go

Setiap kali ada kemaskini terbaru Pokemon Go, perkara nombor satu yang bermain dalam minda pemain yang masih bermain permainan ini adalah pertanyaan tentang akses kepada ‘tracker’ untuk membantu mengesan pokemon.

Hujung minggu ini Niantic Labs mengumumkan bahawa ia mengembangkan kawasan ujian ‘nearby’ Pokémon dari San Francisco ke Arizona, Seattle dan seluruh Bay Area. Sementara kita menunggu ciri baru ‘tracker’ itu untuk dilancarkan di seluruh dunia, kemaskini yang menambah skim bonus harian dan ‘streak’ bonus yang sebelum ini diumumkan akan mula dimuat naik ke platform di Android dan iOS.

Selain daripada pengenalan baru bonus, kemaskini terbaru ini juga membetulkan satu aspek menjengkelkan dalam versi Pokemon Go sebelum ini, di mana setiap kali gimnasium dikalahkan, sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan cepat boleh mengambil alih, walaupun mereka tidak mengalahkan pemilik gym sebelumnya. Namun begitu, dengan kemaskini terbaru, orang yang mengalahkan pemilik gym sebelumnya akan menjadi satu-satunya pemain yang boleh memasukkan Pokémon dan menawanya untuk diduduki pemain dan pasukan mereka “untuk tempoh yang singkat.”

Selain itu, dalam satu langkah yang mungkin berfungsi untuk mengimbangi perubahan baru ini, latihan di gimnasium rakan sepasukan akan menjadi lebih mudah. Terbaru, pemain yang mengalahkan pokemon rakan sepasukan di dalam gym mereka akan mengambil lebih banyak mata Prestige, dan jumlah mata Prestige yang diperolehi daripada latihan telah diturunkan. Kesan kumulatif adalah bahawa ia menjadi ebih mudah untuk melatih pokemon di gym pasukan, dan ia juga akan menjadi lebih mudah untuk mengambil alih gimnasium daripada pasukan lain. Jika pemain boleh mendapatkan beberapa bonus tanpa menggunakan semua barang-barang mereka atau membuang masa mereka sehingga satu jam di jalanan, mungkin lebih ramai pemain akan terus bermain Pokemon Go ini. Mungkin.

LEAVE A REPLY