pokemon go
Foto hadapan oleh FMT

PETALING JAYA:  Aplikasi permainan realiti berperantara Pokemon Go didesak untuk diisytiharkan sebagai haram, serta-merta. Demikian seruan yang dibuat oleh Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.

Wan Salim berkata kajian yang dibuat Jabatan Mufti menunjukkan aspek negatif permainan itu melebihi aspek positif.

“Oleh itu, kami berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengharamkan permainan itu secepat mungkin,” katanya.

Melalui GPS dan kamera telefon pintar, permainan percuma itu membolehkan pemainnya menangkap, berlawan dan melatih makhluk maya digelar Pokemon, yang akan muncul di skrin telefon seolah-olah ia wujud di dunia nyata.

Wan Salim berkata ada pelbagai kaedah dalam Islam yang boleh digunakan untuk mengharamkan permainan itu, seperti sadda azzara’i, dar’ul mafasid, maslahah ‘ammah dan sebagainya.

Katanya, ia bagi menyekat pintu kerosakan di samping memelihara kesejahteraan awam.

“Walaupun pada dasarnya sesuatu perkara itu dihukum harus sehingga terdapat nas Al-Quran atau Sunnah yang menyatakan sebaliknya.

pokemon go
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis akan memantau permainan itu demi kepentingan keselamatan sebelum membuat keputusan samada mengharamkannya atau tidak.

Indonesia baru-baru ini mengharamkan permainan itu dalam kalangan kakitangan awamnya sementara tokong Shinto Izumo-taisha di Jepun, melarang pelawatnya bermain Pokemon Go dalam premisnya.

Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura Yaacob Ibrahim juga dipetik sebagai berkata kebaikan dan keburukan permainan itu perlu dikaji dengan teliti sebelum sebarang keputusan diambil.

Sebelum ini, kelab bola sepak gergasi Manchester United juga mencuri tumpuan apabila melarang pemainnya bermain permainan itu sebelum perlawanan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here