Sumber imej: vulcanpost.com

Maklumat dalam aplikasi permainan berasaskan realiti tambahan (AR), Pokemon Go boleh dimanipulasi pihak tertentu sehingga boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Korporat (Unit Komunikasi Web) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Nor Azman Ismail, berkata bagaimanapun belum ada bukti sahih berhubung penyalahgunaan atau maklumat dimanipulasi pihak yang membangunkan permainan berkenaan.

Katanya, walaupun tiada bukti sahih beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu (data dalam permainan dimanipulasi) boleh dilakukan pihak tertentu atau pembangun permainan terbabit.

Keselamatan data peribadi didakwa akan terjejas berikutan kehendak privasi aplikasi tersebut. Psyduck (imej), salah satu karakter popular dalam aplikasi Pokemon GO. Sumber imej: youtube.com

“Antara isu hangat diperkatakan berhubung Pokemon Go sememangnya berkenaan privasi dan keselamatan berikutan permainan itu memerlukan pengguna merakamkan gambar menerusi kamera yang turut disambungkan dengan talian internet.

“Ia boleh direkod dan tidak menolak kemungkinan berlaku kebocoran maklumat dan atas sebab itu ada sesetengah negara mengambil langkah mengharamkan terus permainan itu untuk masuk ke negara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Canseleri UTM di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Pusat Kecemerlangan Media dan Inovasi Permainan (MaGIC-X), Prof Madya Dr Mohd Shahrizal Sunar dan Felo Akademik Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM, Dr Mohd Murtadha Mohamad.

Nor Azman berkata, pihaknya turut mencadangkan kepada kerajaan untuk mengkaji lebih mendalam kesan aplikasi permainan itu kepada rakyat negara ini selain daripada tindakan tapisan dan mengehadkan penggunaannya.

SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articleInstagram Adira Suhaimi Digodam Lagi
Next articleVideo Tarian Gelek: Puteri UMNO Mohon Maaf
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY