Sumber foto: channelnewsasia.com

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyambut ketibaan Lee dan anggota delegasinya di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di sini pada jam 1 tengah hari.

Sumber imej: facebook.com/najibrazak
Sumber imej: facebook.com/najibrazak

Pemimpin Singapura dan Malaysia itu mengadakan perbincangan empat mata dan menghadiri jamuan tengah hari yang dihoskan Najib sebelum majlis menandatangani HSR.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Sumber foto: channelnewsasia.com

Najib dan Lee dijadual mengadakan sidang akhbar bersama selepas majlis itu. Cadangan laluan kereta api sepanjang 350km itu akan bermula di Bandar Malaysia, tujuh kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, dan berakhir di Jurong East, Singapura.

Laluan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR). Sumber imej: straitstimes.com

Cadangan perkhidmatan kereta api itu dijangka akan memendekkan masa perjalanan kira-kira 90 minit berbanding lima jam di jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Kereta api itu dijangka mempunyai lima stesen transit, iaitu bandar Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Semalam, Najib berkata cadangan HSR KL-Singapura itu akan mempererat lagi hubungan rakyat dengan rakyat dan meningkatkan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara.

Dengan itu Malaysia dan Singapura mengambil langkah seterusnya untuk menandatangani MoU bagi projek itu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here