PM singapura

Adik beradik kepada PM Singapura Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling  mengeluarkan kenyataan terbuka enam muka surat hari ini yang mengecam dengan berkata mereka telah hilang keyakinan terhadap abang sulung mereka itu.

Hsien Loong menulis di Facebook menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh adik-beradiknya, termasuk bahawa dia dan isterinya ada rancangan untuk melepaskan legasi politik mereka kepada anak lelaki mereka.

“Saya amat kecewa kerana adik-beradik saya telah memilih untuk mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan perkara peribadi keluarga. Saya amat sedih dengan dakwaan malang yang mereka telah dibuat.

“Ho Ching dan saya menafikan dakwaan ini, terutamanya dakwaan yang tidak masuk akal bahawa saya mempunyai cita-cita politik untuk anak saya,” kata Hsien Loong dalam reaksi segeranya kepada kenyataan itu.

Dia berpendapat bahawa perbezaan antara beliau dan adik-beradiknya sepatutnya disimpan di kalangan keluarga sahaja.

“Sejak pemergian ayah saya pada Mac 2015, sebagai anak sulung, saya telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu di kalangan kami di dalam lingkungan keluarga, sebagai menghormati ibu bapa kita,” katanya.

Awal hari ini, Hsien Yang dan Wei Ling berkata dalam Facebook bahawa mereka terganggu dengan karektor, kelakuan, motif dan kepimpinan Hsien Loong dan peranan isterinya, Ho Ching.

Mereka berkata mereka telah melihat wajah yang berbeza Hsien Loong selepas pemergian ayah mereka dan bekas perdana menteri Lee Kuan Yew pada Mac 2015, dan bahawa perubahan di Singapura tidak mencerminkan apa yang menjadi pendirian ayah mereka.

Menurut mereka, tiada siapa yang pernah meragui bahawa Lee Kuan Yew sentiasa mementingkan yang terbaik untuk Singapura dan rakyat Singapura sentiasa di hatinya.

SHARE
Previous articleEditor Sarawak Report Perlu Datang Malaysia Buktikan Kes
Next articleAdakah Cukai Pelancongan Meliputi Pelancong Tempatan?
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here