PlayStation 4 Pro dilancarkan minggu lalu dengan sokongan resolusi 4K dan HDR pada televisyen yang menyokongnya.

Capcom mengesahkan Resident Evil 7 yang akan dijual tahun hadapan akan menyokong dua fungsi baru ini menerusi laman Twitter rasmi mereka. Selain fungsi 4K dan HDR, Resident Evil 7 turut menyokong PlayStation VR bagi menyelami dunia survivor horror ini dengan lebih realistik.

PlayStation 4 Pro akan mula dijual pada November ini. Harga jualannya di Malaysia ialah RM 1799 tetapi tarikh pelancarannya di Malaysia masih belum diumumkan. Berikut ialah senarai lengkap permainan baru dan lama yang telah disahkan akan menyokong fungsi baru PlayStation 4 Pro.

image via VG 247

Permainan Lama

Deus Ex: Manking Divided
The Elder Scrolls Online
Infamous: First Light
Middle-earth: Shadow of Mordor
Paragon
Uncharted 4: A Thief’s End

Permainan Baru

Call of Duty: Infinite Warfare
Days Gone
Dishonored 2
Farpoint
Final Fantasy 15
For Honor
Horizon: Zero Dawn
Killing Floor 2
Mass Effect: Andromeda
Resident Evil 7 Biohazard
Rise of the Tomb Raider
Spider-Man
Titanfall 2
Watch Dogs 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here