platform

SoundCloud merupakan salah satu platform yang digunakan ramai untuk berkongsi fail berbentuk audio, termasuk podcast mahupun lagu nyanyian sendiri.

Disamping itu, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan perkhidmatan SoundCloud Go yang menawarkan pelbagai sokongan langganan perkhidmatan penstriman lagu.

SoundCloud
image via Amanz

Terkini, mengikut laporan Bloomberg, SoundCloud dikatakan sedang dalam usaha mencari pembeli baru untuk syarikat mereka pada nilai $1 bilion.

SoundCloud dilihat menghadapi masalah dalam menjana pendapatan melalui perkhidmatan mereka buat masa ini. Sebelum ini, SoundCloud telah mendapatkan suntikan dana pelaburan daripada Twitter sebanyak $70 juta.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui siapakah antara syarikat yang berminat untuk mendapatkan SoundCloud.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here