Sumber foto: nst.com.my

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerlukan lebih banyak masa untuk berbincang mengenai cadangan DAP mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tergempar di Pulau Pinang kerana perkara itu perlu dinilai dan diteliti daripada semua aspek.

Rancangan pilihan raya mengejut itu didakwa masih tidak mendapat restu daripada sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah. Sumber imej: FMT

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin, berkata keputusan tidak boleh dicapai jika hanya mengambil kira pandangan pemimpin atasan parti saja.

“Selepas pertemuan bersama DAP baru-baru ini, pucuk pimpinan PKR masih berbincang mengenai isu berkenaan dan ia akan berterusan selagi tidak mendapat kata sepakat.

“Disebabkan itu, pimpinan PKR Pusat dan negeri memerlukan lebih banyak masa kerana mahu melihat pandangan akar umbi khususnya dalam kalangan ahli parti, penyokong dan pertubuhan badan kerajaan (NGO) berkaitan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ditemui di majlis Kejohanan Boling Tenpin Pekak Malaysia Ke-5 di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here