PETALING JAYA: Memetik beberapa sumber rapat dalam Umno, laman Bloomberg melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal daripada 2018.

Malah, dalam laporannya, Bloomberg menyatakan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mac.

“Mengapa tidak. Pembangkang tidak sehaluan. Kami bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya,” laporan itu memetik seorang pemimpin Umno bahagian.

Najib dan beberapa pemimpin kanan Umno juga menjelajah di seluruh negara menghadiri mesyuarat parti dan menggesa ahli melipat ganda usaha menarik sokongan generasi muda.

pilihan

Ketika pembangkang tidak sehaluan dan masih berpecah, kemenangan PRU untuk Najib boleh mematahkan segala spekulasi beliau akan gagal mengharungi dakwaan skandal yang membuatkan pelabur asing tertanya-tanya mengenai masa depan politiknya.

Penganalisis bagaimanapun berpendapat mengadakan PRU ketika  isu 1MDB masih hangat dan ekonomi merudum merupakan satu tindakan yang berisiko.

Mengadakan PRU ketika harga minyak dan bahan mentah lain pada paras rendah di samping nilai ringgit yang turun naik juga merupakan tindakan yang amat berani.

PRU yang terakhir diadakan ketika hampir tamat mandat Barisan Nasional (BN) pada Mei 2013. Ia menyaksikan BN memenangi 133 kerusi dan Pakatan Rakyat 89.

 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sebelum ini pernah menjangkakan PRU diadakan awal 2017.

LEAVE A REPLY