Piala Dunia 2022
HASSAN Al-Thawad

DOHA: Minuman keras akan dilarang di jalan raya serta tempat awam dan mungkin juga di stadium jika pegawai Qatar mengikut cara mereka ketika Piala Dunia 2022, kata ketua jawatankuasa penganjur kejohanan negara itu, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan Hassan Al-Thawad itu sekali gus ia bertentangan dengan tradisi bola sepak sebelum ini yang turut tidak gembira apabila kejohanan itu dianjak ke musim sejuk kerana kebimbangan suhu panas di Qatar.

Larangan minuman keras di dalam stadium – spekulasi yang sudah didengari mengenainya sejak sekian lama terutama di negara Islam yang konservatif untuk menangani isu itu pada Piala Dunia – akan membuatkan penganjur menghadapi konflik dengan FIFA dan penaja yang berkuasa.

“Tidak boleh minum minuman keras di jalan raya, taman serta tempat awam dan ia adalah muktamad,” kata Al-Thawadi dalam temuramah bersama akhbar berbahasa Arab, Al-Sharq.

“Kami menentang penjualan minuman keras di stadium dan sekitarnya.”

“Bagaimanapun larangan itu bukan secara keseluruhan, tetapi sesiapa yang mahu minum minuman keras dibenarkan hanya di ‘tempat jauh’,” kata Al-Thawadi tanpa memberi maklumat terperinci.

Minum keras tidak diharamkan sepenuhnya di Qatar dan ia boleh diperoleh di hotel, sementara penduduk asing yang menetap di situ boleh membeli minuman itu selepas memohon lesen. Meminum minuman keras di tempat awam bagaimanapun dilarang dan membawa arak ke negara itu turut tidak dibenarkan. – AFP

LEAVE A REPLY