Nico Rosberg menyambar petak utama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Jerman mengatasi pendahulu yang juga rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton pada minit terakhir sesi kelayakan di sini, sebentar tadi.

Pemandu berusia 31 tahun Jerman itu mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 14.363 saat untuk mengatasi juara bertahan tiga kali dengan 0.123 saat, selepas terpaksa melupakan pusingan memanaskan badan pada sesi kelayakan ketiga berikutan masalah elektrikal.

Ketika Hamilton memasuki pusingan terakhirnya, dia tidak berupaya memperbaiki catatan dan mengatasi Rosberg yang beraksi di gelanggang sendiri dan kini mengukuhkan peluangnya untuk merampas kembali takhta keseluruhan kedudukan.

Gandingan pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen masing-masing akan bermula di petak ketiga dan keempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here