af2016
Cover image via Berita Harian

Pihak produksi Akademi Fantasia 2016 (AF2016) terkejut sebaik diajukan soalan mengenai seorang daripada 14 peserta program itu didakwa mempunyai kaitan dengan masalah rumah tangga seorang pelawak dengan isterinya yang juga bekas peserta rancangan realiti terbabit.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata pihaknya tidak mengetahui perkara berkenaan dan pada masa sama akan menyiasat berhubung kes terbabit, selain mengada perbincangan bersama produksi AF2016.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini dan tak juga mendapat sebarang makluman mengenainya.

Apapun, kami akan selidik dan melihat perkara ini dengan serius,” katanya sebaik selesai konsert pertama program itu, semalam.

Peserta berkenaan dikatakan menjadi punca pergaduhan pasangan selebriti terbabit sebaik saja aksi mereka dalam aplikasi nyanyian diketahui pelawak itu.

Pada musim lalu, juara program popular terbabit, Sufi Rashid, turut terpalit dengan kontroversi ketika diumumkan sebagai seorang daripada peserta bertanding.

“Kita berharap, tidak ada sebarang hubungan terlarang berlaku dan perkara ini akan diberikan perhatian sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here