pesawat

NEW MEDELLIN – COLOMBIA. Seramai 75 penumpang dan anak kapal maut selepas pesawat yang membawa pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense terhempas di Madellin semalam.

Laporan terkini CNN mengatakan tiga pemain bola sepak, dua kakitangan pesawat dan seorang wartawan yang menaiki pesawat tersebut ditemui masih hidup di lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Viru Viru di Boliva menuju ke ke Colombia dan telah menghantar isyarat kecemasan ketika berada di antara La Ceja dan La Union.

Pesawat berkenaan terhempas di kawasan yang dikenali sebagai Cerro El Gordo di Medellin.

LEAVE A REPLY