Saturday, December 10, 2016
Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka 4.7-5.2% Dalam 3-5 tahun

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka 4.7-5.2% Dalam 3-5 tahun

94
0

Malaysia akan mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 4.7 dan 5.2 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang melalui pelbagai pelaburan infrastruktur oleh kerajaan, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi dan Pakar Strategi Pelaburan IQI Group Holdings, Shan Saeed berkata, Malaysia adalah anggota ASEAN di mana KDNK terus meningkat secara positif dan tersusun.

“Projek Keretapi Laju (HSR) akan membawa perubahan besar kepada rantau ini.

“Pelaburan infrastruktur mempunyai kaitan kukuh dengan pertumbuhan KDNK serta impak lebih tinggi dari segi pekerjaan, pembangunan kemahiran serta pemerkasaan sosial, dan lebih penting meningkatkan kuasa beli,” katanya.

Shan berkata, kejayaan terpenting lawatan Najib ke China baru-baru ini ialah pemeteraian 14 perjanjian melibatkan beberapa projek ikonik dan mega bernilai RM144 bilion di antara syarikat Malaysia dan China yang akan menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia.

Beliau juga menyaksikan pemeteraian 14 memorandum persefahaman berkaitan sektor pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan di antara kedua-dua kerajaan.

Shan berkata, perdana menteri telah memainkan peranan secara strategik dan ini akan merangsang pertumbuhan KDNK pada tahap makro.

“Pujian perlu diberikan kepada perdana menteri dan pasukannya. Pelaburan China akan merangsang ringgit, bukan sahaja dalam jangka pendek, tetapi juga jangka panjang,” tambah beliau.

Shan berkata, hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dengan China menunjukkan kepentingan negara ini dalam perancangan geo-strategik.

LEAVE A REPLY