Pertimbangkan

Sebarang cadangan untuk membenarkan basikal dibawa ke dalam LRT memerlukan penilaian dengan teliti sebelum ianya dilaksanakan kelak. Ini adalah berdasarkan hasrat pijak RapidKL baru – baru ini untuk membenarkan basikal dibawa masuk ke dalam sistem pengangkutan awam berkenaan.

Walaupun langkah yang ingin diambil dapat mengalakkan orang awam khususnya penduduk kota untuk mengunakan basikal serta pada masa yang sama dapat mengurangkan kesesakan dijalan raya sekitar ibu kota, namun faktor keselamatan dan keselesaan semua penumpang terutamanya penumpang yang berada dalam LRT perlu diberi fokus utama.

Ini adalah berdasarkan faktor saiz LRT itu sendiri yang tidak beberapa luas serta faktor kesesakan yang boleh berlaku dalam LRT itu sendiri baik pada waktu puncak ataupun diluar waktu puncak. Oleh yang demikian, pihak RapidKL serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu menjalankan kajian dengan lebih mendalam sebelum melaksanakan cadangan berkenaan.

Mereka juga perlu melakukan tinjauan pendapat dari kalangan pengguna LRT sedia ada serta mendapatkan pendapat dari pakar yang berkaitan khususnya pendapat dari pihak pakar keselamatan pengangkutan awam dalam negara kita. J

ika cadangan terbabit ingin diteruskan juga, adalah supaya satu bentuk garis panduan atau peraturan yang jelas mengenainya disediakan oleh pihak pengangkutan awam berkenaan bagi penumpang yang ingin membawa basikal mereka ke dalam pengangkutan LRT berkenaan bagi melindungi keselesaan semua penumpang yang mengunkan perkhidmatan awam terbabit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here