pertama

Ujian pertama Jose Mourinho lulus selepas Manchester United merangkul Piala Perisai Komuniti buat kali ke-21 dengan menewaskan Leicester City 2-1 di Stadium Wembley, semalam.

image via The Guardian

United sebelum ini muncul juara sebanyak 20 kali termasuk empat berkongsi kejuaraan dan kali terakhir Red Devils merangkul piala berkenaan pada 2013.

Keputusan itu sekali gus meleburkan harapan Leicester City merangkul satu lagi piala selepas melakar sejarah muncul juara Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

United terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Jesse Lingard pada minit ke-32 sebelum Jamie Vardy menyamakan kedudukan tujuh minit selepas bersambung babak kedua.

image via ManUnited

Ketika aksi tampak diheret ke penentuan sepakan penalti, sentuhan emas Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-82 memberi kegembiraan kepada pengurus baharu, Mourinho selepas bintang Sweden itu menanduk masuk bola hantaran Antonio Valencia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here