perpindahan

Manchester United dijangka bersetuju untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba dengan rekod perpindahan dunia dalam tempoh 48 jam.

United dipercayai bersetuju terma dan syarat bintang Juventus yang meninggalkan Red Devils pada usia 19 tahun itu dengan bayaran pampasan kecil apabila kontraknya tamat pada 2012.

Rundingan dengan Juventus mengenai yuran tersebut dan isu bayaran ejen Pogba, Mino Raiola membantutkan usaha untuk mempercepatkan proses perpindahan itu ketika pemain kebangsaan Perancis berkenaan bercuti di Miami.

image via The Sun

Namun menurut laporan Sky Sport Italia, rundingan hampir dimuktamadkan dan kontrak itu akan ditandatangani pada Jumaat ini.

Nilai perpindahan Pogba dianggarkan bernilai 110 juta euro termasuk bonus manakala Raiola dijangka memperolehi bayaran sekitar 25 juta euro dalam peranannya merealisasikan hasrat United itu.

Menurut ESPN, Pogba akan mendapat kira-kira 250,000 pound jika dia kembali ke Old Trafford.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here