Sumber imej: petronasofficial.com

Ekoran dakwaan Petronas Sarawak tidak mengutamakan penduduk negeri itu bagi mengisi jawatan kanan, kerajaan Sarawak memutuskan membekukan semua permohonan permit kerja dari luar untuk syarikat minyak negara itu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata arahan itu dikuat kuasa serta merta bagi memastikan Petronas berlaku adil kepada penduduk negeri itu. Sumber imej: FMT

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata arahan itu dikuat kuasa serta merta bagi memastikan Petronas berlaku adil kepada penduduk negeri itu.

Uggah memberitahu Borneo Post, keputusan itu susulan aduan pegawai Petronas berasal Sarawak mengenai tindakan membuang pekerja tempatan sebelum digantikan dengan pekerja dari Semenanjung.

“Kami telah membangkitkan perkara ini kepada Petronas dan mahukan penjelasan. Maklum balas mereka agak positif kerana ia sejajar dengan kedudukan Petronas ketika ini iaitu mengurangkan kos operasinya di seluruh negara dan global disebabkan penurunan keuntungan kerana kejatuhan harga bahan api.

“(Dengan) Pendedahan terbaharu oleh Presiden Suarah Petroluem Group (SPG) kita masih menunggu penjelasan terperinci daripada Petronas. Kita juga akan mendapatkan pengesahan angka (pekerja diberhentikan) daripada SPG,” katanya dipetik akhbar itu.

SPG sebelum ini menyeru Petronas mengutamakan rakyat Sarawak untuk mengisi kekosongan dalam operasinya di negeri itu.

DAP Sarawak menggesa penarikan balik permit kerja dan permit masuk rakyat bukan Sarawak untuk jawatan pengurusan di Petronas cawangan negeri, dan supaya diwujudkan sistem kuota untuk anak Sarawak. Sumber imej: FMT

Susulan itu, DAP Sarawak menggesa penarikan balik permit kerja dan permit masuk rakyat bukan Sarawak untuk jawatan pengurusan di Petronas cawangan negeri, dan supaya diwujudkan sistem kuota untuk anak Sarawak.

Gesaan itu dipersoalkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang berkata ia akan membantutkan perkembangan kerjaya penduduk Sarawak kerana operasi Petronas di situ hanya meliputi operasi luar pantai dan berpusat di Miri serta kompleks LNG dan loji urea di Bintulu.

SOURCEFMT
SHARE
Previous articlePAS Mahu Saman Sarawak Report
Next articleSimpanan Shariah KWSP Tarik Minat Pencarum Bukan Islam
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here