perlumbaan

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mengungguli perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jerman di Hockenheim pada Ahad.

Hamilton memperoleh 19 mata di hadapan Rosberg.

Rosberg yang merupakan rakan sepasukan Mercedes sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

image via Telegraph

Pelumba kelahiran Jerman itu dilihat mendominasi Hockenheimring sepanjang minggu, pada kedudukan latihan dan kelayakan tetapi gagal untuk mengulangi kemenangan di tanah air dua tahun lalu.

Rosberg terpaksa menerima hakikat berada di belakang Hamilton termasuk Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, kedua-duanya pelumba Red Bull dengan masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga di podium.

Kejuaraan Hamilton di GP Jerman merupakan kemenangan ke-49 sepanjang kerjayanya.

Keputusan GP Jerman:

1. Lewis Hamilton (Mercedes)

2-Daniel Ricciardo (Red Bull)

3-Max Verstappen (Red Bull)

4-Nico Rosberg (Mercedes)

5-Sebastian Vettel (Ferrari)

6-Kimi Raikkonen (Ferrari)

7-Nico Hulkenberg (Force India)

8-Jenson Button (McLaren)

9-Valtteri Bottas (Williams)

10-Sergio Perez (Force India)

LEAVE A REPLY