perkenalkan

Nikon hari ini telah mula perkenalkan DSLR versi asas mereka yang terbaru, iaitu Nikon D3400.

Seperti biasa, ia merupakan kemaskini kepada keluarga D3xxx sebelum ini, dan melalui kemaskini baru ini Nikon turut menyertakan sokongan Bluetooth sentiasa aktif melaluinya.

Dengan adanya fungsi Bluetooth sentiasa aktif ini, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera DSLR Nikon D3400 ini, dan seterusnya memindahkan ia kepada telefon pintar.

Untuk menjayakan perkara ini, sebuah aplikasi khusus diperlukan yang ditawarkan untuk Android dan iOS sahaja buat masa ini.

Dari segi spesifikasi, Nikon D3400 ini menggunakan sensor CMOS 24.2-megapixel, serta pemproses imej EXPEED 4.

image via PC Mag

Nikon turut mengatakan masa penggunaan bateri pada Nikon D3400 ini adalah dua kali lebih lama berbanding D3300 sebelum ini, dan menawarkan keupayaan merakamkan gambar sebanyak 1200 rakaman.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Nikon D3400 ini akan memasuki pasaran tempatan. Seperti biasa, D3400 turut hadir dengan kit tersendiri, selain turut dijual secara berasingan.

image Via The Merge

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here