PERKASA

PERKASA hari ini melancarkan ‘perang’ terhadap parti komponen BN, MIC berikutan kenyataan mengaitkan NGO berkenaan dengan kumpulan militan IS kerana mempertahankan pendakwah Dr Zakir Naik.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya akan memulakan kempen tolak MIC bermula Jumaat ini di Parlimen Segamat yang merupakan kawasan kerusi Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramanian.

“Kenyataan yang jelas menyatakan PERKASA cuba semarakan IS di Malaysia sangat biadap, kurang ajar dan membabi buta. Kenyataan itu membuatkan PERKASA hilang sabar.

“Kami rasa ini kenyataan yang paling jahat sekali yang mana seorang pemimpin MIC yang anggota partinya tak seberapa, yang menang kerusi tak seberapa atas undi Melayu mengelurkan kenyataan biadap terhadap PERKASA.

“Maksudnya dia cari pasal sebenarnya,” kata Syed Hassan pada sidang media di ibu pejabat PERKASA Kuala Lumpur, hari ini.

Syed Hassan berkata demikian ketika mengulas laporan portal The Star Online bertajuk “Take Action Against Zakir Naik, MIC Urges Police” bertarikh 12 Mei lalu.

The Star ‘play safe’ tak petik keseluruhan kenyataan Vell Paari tapi kami jumpa kenyataan bertulis beliau dalam satu kumpulan WhatsApp dan sebuah portal berita yang kami sendiri tak tahu siapa,” kata Syed Hassan.

Oleh demikian, Syed Hassan mendesak Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari menafikan kenyataan itu sekali gus memohon maaf.

“Kita akan kempen kepada umat Islam bahawa mengundi MIC adalah haram kerana mereka menghina Islam, berapa kali kenyataaan MIC menghina Islam?

“Jadi, hari ini kita lancarkan perang kerana kami dan hilang sabar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here