Perjuangan
KUALA LUMPUR — Lebih tujuh dekad, perjuangan UMNO telah membuktikan dasar-dasarnya banyak membantu rakyat secara keseluruhannya, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya perjuangan UMNO adalah untuk rakyat dan terbukti anggota parti mampu bersatu dalam pelbagai cabaran mendatang sehingga mampu kekal dan kukuh di usia 71 tahun.

“Kita tidak seperti pembangkang yang hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kini umpama retak menanti belah,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini sempena ulang tahun UMNO ke-71.

Sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam merupakan acara terbesar diadakan dalam sejarah parti itu dengan penyertaan kira-kira 150,000 anggotanya dari seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau menyeru anggotanya untuk terus rapatkan saf agar UMNO terus relevan menerajui kepimpinan negara.

“Perjuangan kita belum selesai, PRU14 menanti dengan kemenangan lebih besar,” kata Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang.

— BERNAMA

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here