Perjanjian

Tiba-tiba sahaja Presiden Amerika Donald Trump menarik komitmen negara itu mengenai Perjanjian Iklim Paris Accord yang dipersetujui bersama oleh Amerika pada 2016. Semasa mengumumkannya di Taman Mawar, White House., Beliau berkata, ia adalah sesuatu yang sangat tidak adil dan membebankan Amerika serta mengikat ekonomi negara itu membebankan rakyat dan pembayar cukai.

Tindakan Trumph, adakah kerana ia desakan daripada beberapa Senat Republikan yang menyeru Trump untuk mencari jalan keluar dari perjanjian itu pada 25 Mei lalu. Pemimpin Majoriti Senat seperti Mitch McConnell dari Kentucky dan Sens. Rand Paul of Kentucky, Mike Lee dari Utah dan Ted Cruz dari Texas adalah mereka yang mendesak.,

Mereka ini amat berpengaruh dan Trumph melahirkan kegelisahannya semasa berkempen untuk meraih jawatan Presidennya tahun lalu. Trump menyifakan ia merupakan perjanjian berat sebelah, merugikan keseluruhan Amerika dan merupakan satu perjanjian besar yang dibuat oleh bekas presidennya, Barack Obama dari Parti Demokrat..

“We are getting out” dan menyifatkan perjanjian tanpa ‘binding’ itu adalah perjanjian yang paling buruk dan paling tertinggi dan perlu dihentikan dikuatkuasakan di negara itu. Perjanjian menyebabkan kekayaan ekomomi nya direntap serta diagih-agihkan kepada negara lain Banyak perusahaan bakal ditutup termasuk industri automobile, mengecilkan peluang pekerjaan , memiskinkan rakyatnya serta pembayar cukai terpaksa menanggung tabung iklim hijau yang dibakal dilaksanakan itu.

Trumph yang memenangi pilihanraya presiden 2016 seorang ahli perniagaan, bimbang menjelang 2025, dengan kajian yang dikemukakkan oleh Persatuan Kajian Kebangsaan Ekonomi Amerika, di bidang pengeluaran saja 440-juta pekerjaan dijangka hilang. Peratusan penurunan pengeluaran beberapa industri seperti, kertas, simen, besi , minyak dan gas serta arang batu menjadi nadi kepada negara yang dipimpinnya. Pendapatan isi rumah rumah hilang dan menurun lebih daripaa 7-ribu dolar Amerika dan dijangkan GDP negara pula merudum sebanyak 6%. Hasil Amerika pula akan kehilangan pendapatan 3- trilion dollar.

Paris Accord merupakan perjanjian, yang ditaja oleh PBB, bertujuan untuk memperlahankan peningkat suhu dunia satu perjanjian universal mengekalkan iklim dunia yang di tandatangani oleh 195 negara. Kecuali dua negara ia itu Syria dan Nicaragua. Perjanjian itu memastikan bahawa kepanasan cuaca dunia tidak meningkat kepada 3.6 darjah Farenhait darpada kepanasan Global sekarang.

Di bawah kepimpinan Obama, Amerika Syarikat komited untuk memotong pengeluaran karbon sebanyak 26 hingga 28 peratus daripada tahap tahun 2005, pada tahun 2025. Amerika Syarikat secara rasmi memasuki perjanjian Paris bersama-sama dengan China pada 3 September , 2016.

Bagaimanapun Trumph berjanji, ia boleh dirunding semula jika pengurusannnya dan termanya adil kepada negara itu.

Merujuk kepada perjanjian Paris yang disifatkkan oleh Trumph sebagai pengagihan semula besar-besaran Amerika Syarikat kekayaan kepada negara-negara lain. Sambil merujuk kepada China yang masih boleh melaksanakan perindustri secara besar-besaran dalam tempoh masa yang lebih panjang sehingga 2030, sementara India pula mendapat keuntungan daripada tabung iklim hijau dengan peruntukkan berbilion dollar Amerika.

Keputusan Trumph merupakan petunjuk bahawa Amerika Syarikat adalah menolak keperluan untuk memerangi perubahan iklim. Ini bermakna bahawa negara yang paling bertanggungjawab untuk perubahan iklim telah memungkiri janjinya.

Timmons Roberts, seorang profesor Kajian Alam Sekitar di Universiti Brown trumph menoplak kepada penyelesaian kepada isu utama dunia hari ini. Ia amat membimbangkan bahawa ia melambatkan kerja-kerja yang tidak dapat dielakkan yang perlu dilakukan mengenai isu ini.

Pakar-pakar dasar antarabangsa mengatakan bahawa keputusan itu juga akan memberi kesan kepada AS bersendiri daripada 195 buah negara lain menyetujuinya.
Jauh daripada itu,” ia mengancam kredibiliti di dunia, yang dihuni ” kata Nicholas Burns, bekas diplomat Amerika Syarikat dan profesor politik antarabangsa di Universiti Harvard.

Ia mungkin mula membuat tanggapan bahawa China merupakan negara yang lebih bertanggungjawab daripada Amerika Syarikat. Ia mungkin memberi rangsangan sebenar kepada China kerana kita (Amerika) akan dilihat tidak melakukan dari bahagian kami dalam masalah global yang terbesar.”

Dalam pada itu, kebanyakan ahli senat republikan masih sinis mengenai iklim dunia Global dan menganggap bahawa perubahan iklim tidak menjadi masalah besar dan ia tidak benar. Senator Lindsey Graham of South Carolina berkata, dalam temubual dengan CNN menyifatkan, ia menjadi menjadi baik untuk parti, tidak baik untuk negara ini.

Obama yang menjadi sasaran membidas bahawa perjanjian itu adalah “stabil, berprinsip kepimpinan Amerika” dan “cita-cita Amerika berani” yang menggalakkan berpuluh-puluh negara-negara lain untuk “menetapkan tumpuan mereka lebih tinggi juga.”

Dan apa yang dibuat kepimpinan itu dan cita-cita mungkin adalah inovasi swasta Amerika dan pelaburan awam dalam industri tumbuh seperti angin dan solar – industri yang mencipta beberapa aliran baru yang paling pesat pekerjaan yang baik membayar dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dan menyumbang kepada coretan terpanjang pekerjaan kejadian dalam sejarah kita.

Jerman, Peranchis dan Italy antara negara awal yang menyatakan amat kesal dan beribu-ribu ahli aktivis alam sekitar berkumpul di perkarangan White House melahirkan bantahan.
Malaysia tidak pernah berkecuali dalam perjanjian itu dan mengambil inisiatif yang serius dalam memulihara alam sekitar dan peningkatan suhu negara dan dunia. Ia bukan urusan politik tetapi komitmen berpanjangan demi kepentingan generasi demi generasi akan datang.

Hashim A. Hanifah adalah pembaca Malaysian Access. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan MA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here