Perjanjian Iklim Paris

1 Jun lalu, Presiden Amerika, Donald Trump mengucapkan selamat tinggal kepada ‘Paris Accord’ sebagai satu pendirian kukuh bahawa perjanjian itu tidak menguntungkan Amerika Syarikat dan rakyatnya.

Benarkah ekologi dunia benar-benar terkesan dengan perubahan iklim yang disebabkan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh rumah hijau atau penyertaan Amerika penyumbang utama dan memberi kesan langsung kepada pengekangan suhu dunia ini?

Inilah agaknya disuarakan oleh 25 Senat Republikan yang mendesak Trumph menarik balik perjanjian itu. Hasilnya, Trumph telah menggunakan kuasa presidennya untuk menarik balik perjanjian berat sebelah yang telah ditandatangani bersama 194 negara lain di dunia.

Tentu sahaja gara-gara Trumph itu mendatangkan reaksi berbelah bahagi kepada rakyat Amerika sendiri yang selama ini berlagak ‘jaguh’ dalam isu alam sekitar dan pemanasan dunia.

Kepanasan global mula membakar sekarang. Persoalannya, siapa pula yang layak mempelopori dan mengepalai isu permanasan iklim global ini? Sudah ada tanda-tanda yang meramalkan bahawa China perlu mengambil tempat kehadapan atau China sendiri akan mendorong dirinya menjadi satu kuasa yang memenangi isu alam sejagat ini.

Tidak terkecuali Negara Kesatuan Eropah yang memungkinkan perjanjian itu ditandatangani di Paris 2015 dulu. Kesemua negara ini mempunyai kredebiliti dan kekuatan masing-masing dalam mengumpul hamper semua negara di dunia membahaskan ozon yang semakin menipis dan berlubang.

Malaysia salah sebuah negara-negara kecil yang sering diancam dengan isu alam sekitar tidak kurang memberi reaksi tegasnya dan yakin perjanjian iklim 2015 itu akan kekal ditempatnya walaupun tanpa Amerika Syarikat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kelmarin di tapak tebatan banjir Sungai Kedah/Anak Bukit, berkata , Malaysia kecewa dengan keputusan Trumph itu tetapi yakin perjanjian ini tidak akan terjejas tanpa Republikan.

Jessica F. Green, seorang profesor Universiti New York seorang pelopor mengenai isu alam sekitar dan penyumbang kerap artikelnya mengenai topik-topik dasar alam sekitar menyifatkan keputusan Trump itu tidak memajukan AS dan merencatkan usaha perlindungan alam sekitar.

Perjuangan yang selama ini menyebabkan kebanyakan perusahaan, syarikat-syarikat dan bandar-bandar semakin sedar bahawa dasar iklim yang waras adalah sesuatu yang bijak menjadi sia-sia.

Kepada kita rakyat di Malaysia , isu pemanasan global mungkin tidaklah sehebat seperti mana isu ‘ bauksit’ yang berlaku di Bukit Goh di Pahang. Atau kita semakin suka berkurung, kurang untuk keluar rumah kerana menganggap cuaca di tanahair semakin terik dan panas.

Tidak hairanlah kita mengawalnya dengan sentiasa memasang penghawa dingin, baik dalam kenderaan atau di rumah. Masjid dan surau tidak terkecuali mamasang penghawa diingin sewaktu beribadah yang tak pernah berlaku sebelum ini.

Ingat! bahawa kesan Kesan langsung kepada Malaysia menurut Datuk Seri Wan Junaidi adalah jauh daripada itu. Banyak kawasan rendah akan tenggelam berikutan paras air laut meningkat berpunca dari kecairan Glasiar air laut .

“Ia mungkin tidak sahaja berlaku hanya di pulau-pulau pasifik bahkan Miami, Florida dan juga New York baka tenggelam apabila paras air dijangka naik pada tahun 2100’.
Ia tidak menghalang negara juga banyak dengan pulau-pulau dan kawasan rendah di negara ini mengalami nasib yang sama.

Kesan semakin jelas sekarang. Tidak hanya pencairan ais dan pulau-pulau bakal tenggelam tetapi kesan ketara adalah perubahan iklim. Dunia akan mengalami kemarau dan cuaca yang teruk, misalnya – mejadi keadaan tidak menentu dan menyebabkan an mobaliti manusia yang meningkat.

Pada tahun 2015, Agensi Pelarian PBB, 65.3 juta orang di seluruh duniai “secara paksa dipindahkan,” termasuk kira-kira 40 juta dalam negara asal mereka. Peperangan, konflik etnik, tekanan ekonomi, kebuluran dan bencana adalah antara sebab orang meninggalkan rumah mereka.

Laporan 2012 Majlis Perisikan Kebangsaan AS (NIC) penghijrahan perubahan iklim menimbulkan cabaran keselamatan manusia yang ketara. ketegangan tempatan dan serantau mengenai masalah air. Ia mungkin meningkat dengan ketara pada dekad akan datang.

Pada tahun 2015, misalnya, siklon tropika melanda Yaman – pertama dalam sejarah di negara itu – Negara yang hanya menerima beberapa titik hujan dalam setahun tiba-tiba banjir memuncak. Pada masa yang sama ketegangan politik mengaitkan krisis kemanusiaan dan peperangan serta kekurangan air.

Laporan 2016 NIC pula dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah laporan amaran. Semakin banyak negara mungkin kewalahan atau tidak stabil dengan tekanan yang berkaitan dengan iklim seperti kebuluran, bencana berkaitan cuaca atau kekurangan sumber.

Maka, bersyukurlah kita yang berada di negara ini yang masih boleh memasang penghawa dingin bila kepanasan dan menadah air sebaik saja kendengaran guruh dilangit dan berlindung di bawah pokok yang masih menghijau di panas yang terik.

Hashim A. Hanifah adalah pembaca Malaysian Access. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan MA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here