Sumber foto: facebook.com

Filipina menganggap perjanjian dengan Bangsamoro penting bagi mewujudkan perdamaian dan keamanan di wilayah selatan, terutama Mindanao, dan menghentikan kegiatan menculik dan aktiviti jenayah yang lain.

Andanar (kiri) sewaktu pertemuan dengan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Bujang. – Foto oleh Bernama

Oleh itu, Filipina mengharapkan pelancaran semula Perjanjian Damai Bangsamoro sebagai “langkah ke hadapan”, kata Setiausaha (Menteri) Pejabat Operasi Komunikasi Presiden, Martin Andanar.

Beliau berkata Rodrigo Duterte, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina ke-16 pada Jun, begitu tegas mahukan kegiatan menculik dihentikan.

“Lawatan presiden ke Sulu minggu lepas jelas menunjukkan matlamatnya hendak menyelesaikan masalah ekstremis yang kami hadapai,” kata Andanar, merujuk kepada kumpulan Abu Sayyaf.

“Beliau (Duterte) sedang memperkukuh tentera kami, dan kini menghantar satu delegasi ke Malaysia bukan saja untuk membereskan Perjanjian Damai Bangsamoro tetapi juga membincangkan bagaimana kedua-dua negara dapat akhirnya menyelesaikan isu ini,” kata beliau semasa melawat Bernama.
Andanar disambut oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Proses damai Bangsamoro menjalani pengubahsuaian selama lebih 17 tahun menerusi rundingan antara Kerajaan Filipina dengan wakil rakyat Moro.

Anggota-anggota panel pelaksana baharu kerajaan Filipina dan wakil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bermesyuarat di sini pada hujung minggu untuk melancarkan semula Fasa Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro.

Malaysia bertindak sebagai orang tengah dalam usaha damai antara kerajaan Filipina dan MILF sejak 2001.

FASILITATOR Proses Perdamaian antara Kerajaan Filipina dan MILF, Tengku Datuk Ab Gaffar Tengku Mohamed semasa sesi bergambar pada majlis Pelancaran Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao, hari ini, Pengerusi MILF, Murad Ebrahim, dan Penasihat Presiden bagi Proses Perdamaian, Jesus Dureza. – Sumber Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada Sabtu menyambut baik pelancaran semula Perjanjian Damai Bangsamoro itu, dengan menyatakan bahawa Malaysia akan terus komited padanya selagi ia diperlukan.

Adanar menyertai delegasi Filipina yang mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini.

“Kami meminta jaminan perdana menteri agar tidak meninggalkan kami dalam laluan menuju perdamaian di Mindanao sehingga ia dicapai.

“PM Najib komited bahawa beliau akan berusaha hingga Mindanao mencapai kemajuan ekonomi… untuk terus membantu kerajaan Filipina mencapai perdamaian ini,” kata Adanar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here