perdana

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) membelanjakan 10 kali ganda berbanding kelab Ligue 1 Perancis ketika hendak mendapatkan pemain baharu seperti Paul Pogba, sepanjang tempoh jendela perpindahan.

Sebanyak 20 kelab terbabit mengeluarkan sebanyak 1.165 bilion pound (RM6.33 bilion) sepanjang tempoh dua bulan setakat semalam.

Sebagai perbandingan, kelab Serie A di Itali menghabiskan 590 juta pound (RM3.2 bilion), Bundesliga, Jerman sebanyak 460 juta pound (RM2.499 juta) dan Ligue 1 di Perancis 165 juta pound (RM896.44 juta), menurut syarikat perunding Deloitte.

Rekod dunia 89 juta pound (RM483.53 juta) dicatatkan Manchester United ketika membayar Juventus yang menyebabkan `kesan Pogba’, manakala kelab Itali membeli penyerang Argentina, Gonzola Higuain pada harga 90 juta euro (RM412.16 juta).

Kelab EPL membuat pembayaran kira-kira 190 juta euro (RM870.12 juta) ke akaun bank kelab Jerman.

image via FT

Sebanyak 176 juta euro (RM806 juta) lagi pergi ke kelab Sepanyol dan 161 juta euro (RM737.31 juta) ke kelab Itali, menurut laman web transfermarkt.de.

Ditambah dengan hak perjanjian televisyen 5.14 bilion pound (RM27.91 bilion), 13 daripada 20 kelab EPL memecah rekod perpindahan mereka tahun ini dan kebanyakannya bagi mendapatkan pemain luar seperti Islam Slimani (Algeria), yang menyertai juara bertahan Leicester City bagi bayaran yang dianggarkan sebanyak 29.7 juta pound (RM161.29 juta).

LEAVE A REPLY