penyertaan

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan penyertaan 271 atlet Russia ke Olimpik Rio.

IOC mengumumkan keputusan itu awal pagi tadi, 24 jam sebelum acara pembukaan temasya berkenaan di Rio de Janeiro.

Semua 271 atlet Russia berkenaan adalah sebahagian daripada senarai penyertaan awal 389 atlet dihantar negara berkenaan.

IOC meminta pandangan persekutuan-persekutuan sukan antarabangsa sebelum membuat keputusan atlet mana yang akan dibenarkan beraksi selepas menilai rekod doping mereka.

image via Olympic Org

Ia berikutan siasatan untuk Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang memberi gambaran terperinci bagaimana penipuan doping dilakukan di Russia.

Keputusan terakhir itu diputuskan oleh panel tiga ahli IOC, yang menerima pandangan daripada penimbang tara sukan berkecuali.

LEAVE A REPLY