penjual teh
Cover image via Astro Awani

Seorang penjual teh dari Pakistan dilimpahi rezeki selepas sekeping gambar beliau viral di media sosial.

Wajah tampan Arshad Khan, 18, yang menjual teh di Bazaar Islamabad pada hujung minggu menjadi perbualan netizen selepas gambar beliau dikongsi oleh jurugambar Jiah Ali di laman Instagramnya.

Susulan itu, Arshad ditawarkan kontrak peragaan oleh sebuah gedung beli belah atas talian, Fitin.pk.

Perkara ini disahkan oleh Fitin.pk menerusi laman Facebooknya.

Chai wala is no more chai wala now, he is fashion wala,” tulis mereka.

Dalam satu temu bual bersama media tempatan, Arshad berkata keluarganya menetap di Islamabad sejak 25 tahun lalu.

Beliau hanya mula kerjaya sebagai penjual teh (chai wala) beberapa bulan yang lalu.

Tambah Arshad, beliau tidak mengetahui tentang laman sosial seperti Instagram dan Twitter dan masih dalam proses menerima hakikat akan populariti tersebut.

Jurugambar, Jiah Ali yang memuat naik foto itu pada 1 Oktober lalu berkata, “saya terkejut apabila gambar itu mendapat perhatian dunia, bagi saya ia hanyalah antara rakaman gambar biasa.”

Bagaimanapun, Jiah Ali berkata dia amat gembira untuk Arshad atas populariti mengejut itu dan berharap dia mampu menanganinya dengan baik.”

Foto Arshad itu menerima lebih 10 ribu likes sekaligus mendapat perhatian dunia.

LEAVE A REPLY