Penjawat

Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya berkata, bantuan khas itu juga sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Bantuan itu juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan bayaran sebanyak RM250.

“Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 9 Jun. Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata kementerian kewangan.

SHARE
Previous articleAt Least 36 Dead In Attack on Philippines Casino: Official
Next articleRM59.36b Pelaburan Di Iskandar Malaysia
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here