penipuan akademik
Image via Alchetron

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Seorang ahli parlimen DAP menggesa Putrajaya untuk mengkaji semula dasar pembiayaan akademik berikutan salah laku penipuan akademik yang didakwa berkaitan dengan kertas penyelidikan yang diterbitkan oleh beberapa ahli-ahli fakulti perubatan Universiti Malaya (UM).

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata bahawa penipuan akademik ini telah disedari oleh oleh penyelidik dari negara lain yang menimbulkan persoalan serius mengenai integriti universiti tempatan, dan beliau berkata kerajaan perlu mengkaji semula pembiayaan untuk semua projek di bawah inisiatif Penyelidikan Berimpak Tinggi.

“Apa yang membimbangkan adalah bahawa kes ini mungkin hannya sebahagian kecil salah laku berkaitan integriti akademik dalam sistem pendidikan tinggi kita.

“Saya menyeru Menteri Pengajian Tinggi untuk menjalankan kajian semula yang lebih komprehensif terhadap inisiatif High Impact Research (HIR) antara Kementerian dan Universiti Malaya,” kata Ong dalam satu kenyataan.

“Memandangkan jumlah dana yang besar dikhususkan untuk inisiatif ini dan fakta bahawa dua projek penyelidikannya didapati palsu, adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk meneliti semula inisiatif ini demi kepentingan awam,” kata ahli parlimen DAP itu.

HIR adalah program geran UM bertujuan untuk menerbitkan jurnal sains dengan penekanan kepada penyelidikan asas.

Bulan lalu, Fakulti Perubatan UM telah dimaklumkan mengenai salah laku akademik yang didakwa dilakukan oleh beberapa ahli fakulti yang merupakan penulis / pengarang bersama beberapa penerbitan saintifik.

UM kemudiannya melancarkan siasatan dan mendapati bahawa “terdapat pertindihan dan / atau manipulasi hampir semua angka (imej dan graf) dalam kertas laporan saintifik asal dan merentasi tiga penerbitan lain dikarang oleh sekumpulan penyelidik” dan menggesa penulis untuk menarik balik semua empat artikel terbabit.

Artikel-artikel tersebut kemudiannya ditarik balik.

Ong berkata, walaupun tindakan pantas oleh pihak berkuasa universiti adalah membanggakan, ianya memalukan kerana penipuan itu tidak ditemui oleh siasatan dalaman, tetapi oleh penelitian akademik dan penyelidik asing.

Dakwaan itu mula diketahui di Twitter, dan kemudiannya diambil oleh blog seperti Microbiome Digest ,  For Better Science dan Science.

Ahli Parlimen Serdang berkata UM perlu menerbitkan prosiding penuh siasatan dalaman terhadap perkara ini dan mencadangkan perubahan kepada garis panduan yang sedia ada supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here