Sumber imej: FMT

Urusniaga melalui mata wang digital Bitcoin di Malaysia meningkat mendadak tahun ini, dalam apa yang disifatkan sebuah laman berita kewangan alternatif sebagai petanda kehilangan keyakinan terhadap sistem kewangan dan kekuatan mata wang ringgit.

Nilai urusniaga menggunakan kaedah Bitcoin naik mendadak sejak setahun lalu, daripada hanya RM130,000 pada Julai 2015 kepada lebih RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini, mengikut laporan statistik coin.dance.

Bitcoin. Sumber imej: cointelegraph.com

Majalah web The Cointelegraph berkata peningkatan sedemikian merupakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang berpaling daripada mata wang konvensional kerana hilang keyakinan disebabkan kepincangan sistem ekonomi di samping nilai mata wang yang semakin menyusut.

Ia mendakwa perkara sama juga dilihat di negara seperti Zimbabwe dan Venezuela.

“Berbeza daripada era 90an, kekayaan rakyat sesebuah negara tidak lagi terikat dengan kekayaan negara itu.

“Bitcoin memberikan mereka jalan keluar. Sudah tiba masa kerajaan menyedari hal ini,” menurut ulasan Cointelegraph.

Pakar komputer yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto didakwa mengilhamkan mata wang bitcoin. Sumber foto: politico.com

Bitcoin merupakan ilham seorang pakar komputer yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto, di mana mata wang bebas daripada pengawasan mana-mana bank pusat, dan boleh dipindahkan dengan kaedah elektonik tanpa orang tengah secara percuma.

Sementara nilai mata wang biasanya disandarkan pada emas atau perak, Bitcoin pula disandarkan pada pengiraan matematik.

Ia menjadi tarikan kerana bank pusat sesebuah negara tidak boleh mengawal urusan kewangan seseorang, dan semakin menjadi pilihan peniaga kecil yang menggunakan Bitcoin dalam urus niaga harian.

Bitcoin juga mendakwa ia sebuah sistem telus kerana daftar transaksi di serata dunia menggunakan sistem itu boleh diperiksa sesiapa sahaja.

SOURCEFMT
SHARE
Previous articleHamilton Terus Unggul Juarai Perlumbaan GP Jerman
Next articleTwitter KPN Digodam
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here