Sumber imej: ASTROAWANI

Sebuah pesawat yang dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Banda Acheh pagi ini terpaksa ditangguhkan akibat menerima ancaman bom dalam pesawat.

Perkara berkenaan telah disahkan pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan pengendali penerbangan, AirAsia kepada Astro AWANI.

“Kami sudah dimaklumkan oleh pihak syarikat penerbangan tersebut tentang ancaman bom dalam pesawat di KLIA2.

“Oleh itu, Malaysia Airports kini bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan semua pihak berkuasa, dan situasi sedang ditangani mengikut prosedur operasi standard (SOP). Setakat ini, operasi penerbangan bagi pesawat lain tidak terjejas,” ujar MAHB dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan sepatutnya berlepas jam 7.45 pagi, bagaimanapun Astro AWANI difahamkan semua penumpang diarahkan meninggalkan pesawat buat sementara waktu.

Ia bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang kini dijalankan.

Sementara itu, pihak AirAsia mengesahkan penangguhan penerbangan pesawat AK423 adalah berikutan berlaku gangguan keselamatan oleh penumpang dalam penerbangan.

Dalam kenyataannya pihak AirAsia Berhad memberitahu langkah keselamatan telah diambil mengikut prosedur standard operasi bagi berhadapan situasi seperti ini.

“Carian bom telah dijalankan dan pesawat itu telah diisytiharkan selamat.

“Semua penumpang dalam pesawat dalam keadaan selamat dan penumpang yang menimbulkan gangguan telah ditahan bagi siasatan lanjut,” jelas kenyataan terbabit.

SOURCEASTROAWANI
SHARE
Previous articleBursa Malaysia Dibuka Rendah
Next articleNorth Korea Missile Launch Lands Near Japan Waters
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here