Rakyat Malaysia membuang sebanyak 270,000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan juadah ramadan ini boleh dimakan semula sepanjang Ramadan setiap tahun.

Kajian oleh Solid Waste Management Corporation (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.

“Jika disusun, longgokan makanan ini bersamaan dengan ketinggian 30 bangunan KLCC dan ketinggian KLCC ialah 452 meter,” kata Tan Sri Lee Lam Thye, yang memetik kajian tersebut.

Aktivis masyarakat itu berkata, pihak berkuasa wajar memperkenalkan undang-undang supaya individu membazir makanan didenda atau dikenakan hukuman.

Antara langkah yang boleh diambil ialah mendenda pelanggan tidak menghabiskan makanan bufet.

“Kesedaran mengenai pembaziran makanan amat penting berikutan ada puluhan keluarga miskin tidak mendapat makanan mencukupi setiap hari,” katanya.

Baca lagi: 3 Negara Waktu Puasa Paling Lama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here