Pembantu

Seorang pembantu warden asrama madrasah tahfiz swasta di sini, direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pukul membabitkan seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun.

Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 29 tahun itu bermula hari ini sehingga Rabu ini.

Terdahulu, lelaki berpakaian oren lokap polis itu tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen/Majistret pada 9.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman semalam, turut mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu Mohamad Thaqif Amin iaitu Felda Wani Ahmad, pada 18 April lepas, yang mendakwa anaknya dipukul oleh warden sekolahnya dengan paip getah pada 24 Mac lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here