Pemandu

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) tidak diswastakan sebaliknya telah dibubarkan pada 1 Mac, 2017, kata bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Seri Idris Jala.

Idris, yang ketika ini merupakan Presiden dan CEO berkata, banyak pihak yang menyangka kerajaan telah menswastakan PEMANDU.

“Banyak pihak menganggap kami telah menswastakan PEMANDU, sebaliknya tidak, kami tidak pernah menswastakan, ia sebenarnya telah dibubarkan pada 1 Mac, 2017 dan tugas berkaitan kini diserahkan kepada Unit Penyampaian Perkhidmatan Awam (CSDU) di Unit Perancang Ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan laporan siri pengalaman pembangunan Malaysia berjudul ‘Knowledge and Research Report Driving Performance from the Center: Malaysia’s Experience with PEMANDU’, bersama-sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, hari ini.

Ia merupakan unit yang ditubuhkan pada 2009 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peranan membangunkan Program Transformasi Negara dan menyelaras pelaksanaannya.

Mengenai PEMANDU Associates, Idris berkata ia merupakan firma perunding swasta sepenuhnya yang ditubuhkan oleh pengurusan dan kakitangan.

“Firma perunding itu menjalankan kerja-kerja perundingan untuk kerajaan, dan ketika ini kami turut membantu kerajaan Tanzania, Oman serta Andhra Pradesh di India,” katanya.

Beliau berkata, setakat Februari 2017, 45 kakitangan PEMANDU Associates ditugaskan untuk membantu CSDU bagi memastikan kerja-kerja peralihan berjalan secara lancar bagi tempoh dua tahun akan datang.

“Jumlah itu akan dikurangkan kepada 30 pada 2018 dan akan dibubarkan sepenuhnya menjelang akhir 2019,” katanya.

Bernama – 

SHARE
Previous articleUMNO Perlu Bersatu Dan Setia Pada Najib – Pak Lah
Next articlePegawai Kanan Zakat Pulau Pinang Ditahan Sebab Rasuah
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here