pelancaran

Final Fantasy 15 merupakan salah satu permainan menarik daripada Square Enix yang dinantikan ramai.

Ia pada awalnya dijadualkan untuk pelancaran pada bulan September 2016 ini, tetapi kini mengikut beberapa laporan awal, Final Fantasy 15 dikatakan ditangguhkan ke bulan November.

Menurut laporan Gamnesia, Final Fantasy 15 dijangka akan dipasarkan pada 29 November 2016 kelak – memperlihatkan penangguhan sekitar dua bulan berbanding tarikh asal.

image via Polygon

Perkara ini juga turut disahkan oleh koresponden pihak WSJ di Jepun.

Final Fantasy 15 membawakan permainan berbentuk RPG, dan ia bakal hadir untuk PlayStation 4 dan juga Xbox One.

Buat masa ini, pihak Square Enix masih tidak mengeluarkan sebarang komen, dan peniaga dan para penjual permainan masih menyenaraikan permainan ini untuk diperkenalkan pada 30 September 2016 ini.

image via Gematsu

LEAVE A REPLY