pelakon popular
Cover image via Hanasuva

Ramai penyanyi yang menceburkan diri dalam bidang lakonan. Tapi, tak ramai pelakon yang mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Orang cakap, nak menyanyi ni kena ada bakat semula jadi dan suara memang dah sedap. Tapi, ramai yang tidak menyangka 6 pelakon popular yang kami senaraikan ini ternyata berbakat besar dalam bidang nyanyian juga!

1. Fazura

Walaupun pernah dihentam kerana nyanyiannya yang syok sendiri, namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus mengorak langkah dalam bidang nyanyian. Antara lagu nyanyiannya ialah Sayangi Dirimu & Hancur bersama kumpulan Estrange.

2. Janna Nick

Siapa sangka pelakon cantik manis ini memiliki suara yang lunak. Bukan itu saja, lagu nyanyiannya Mungkin Saja sentiasa kedengaran di corong radio.

3. Amyra Rosli

Bukan saja berbakat besar dalam bidang lakonan, pelakon cantik yang baru saja bergelar pengantin baru ini, memang boleh menyanyi. Lagu Ada Saja bersama Waris memang best!

4. Fathia Latiff & Shukri Yahya

Bukan saja cantik, malah bersuara merdu. Ramai yang tidak sangka, lagu Tak Pernah OST Dia Isteri Luar Biasa, merupakan lagu nyanyiannya. Pelakon kacak ini memang buat ramai wanita cair. Bila dengar je suara Shukri Yahya menerusi lagu Tak Pernah bersama Fathia Latiff, lagilah buat wanita gila bayang.

5. Syamsul Yusof

Bukan sahaja hebat dalam mengarah filem, malah hebat dalam penulisan lagu dan rap. Antara lagu nyanyiannya ialah Kalah Dalam Menang, Bukan Propaganda dan Ya Robbi.

Baca lagi: Top 10 Muzik Video Paling Hangat!

 

LEAVE A REPLY