pelajar
Foto hadapan oleh FMT

PUTRAJAYA: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) maut setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu di sini hari ini.

Insiden berlaku ketika mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, pelajar tingkatan 3, dipercayai cuba membantu mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain.

pelajarMenurut sumber sekolah, dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, mangsa dikatakan tidak dapat mengimbangi badan ketika cuba mengambil beg yang dikatakan tersangkut di belebas bangunan tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superitenden Polis, Rosly Hassan, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

“Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa berhubung kejadian itu melalui laman Facebook beliau.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan polis, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here