pelajar

KOTA KINABALU: Aktiviti melibatkan air yang mengakibatkan tiga pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, lemas ketika menyertai kem perkhemahan di sebuah resort di Mambakut dekat sini pagi Sabtu, tidak termasuk dalam kertas kerja program berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang tidak memaklumkan kepada pihak jabatan mengenai kewujudan laluan takungan air dalam aktiviti pada program itu.

“Saya masih menunggu laporan penuh daripada PPD Penampang. Perkhemahan itu diluluskan oleh PPD Penampang dan program tersebut tidak sepatutnya melibatkan aktiviti air.

“Kita tidak dimaklumkan oleh PPD Penampang mengenai aktiviti air itu. Bagaimanapun, kita akan menunggu laporan penuh dan berharap ibu bapa atau penjaga mangsa bersabar dengan kemalangan yang menimpa itu,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here